Dec 1, 2008

Semangat Nge BLog


Nah..dapat award dari mbak Diana and Dessy, awardnya sama...lah kan award berantai..he..he..
thanks ya.....

Nov 22, 2008

basketweave




Sesiapa yg nak order cake dg style basket weave with or without handling, now I am ready..he..he...bunga-bunga untuk handle tu bukan gumpaste ,tapi kalau nak guna bunga gumpaste pun boleh juga.

Nov 17, 2008

Lapis Legit Indonesia

Yup Lapis Legit again,....with almond flakes on it.
Tak de perisa tambahan,original lapis legit,good quality butter.

Oct 26, 2008

Fruit pie


Teringin nak makan fruit pie...

Oct 23, 2008

Cupcake



Sebagian daripada Cupcakes untuk Majlis Open Office...not Open House..he..he..sempena Hari Raya Aidil Fitri. Base cake coklat yang sodap...kerana bukan hanya menggunakan coklat serbuk but also coklat cair.....so try imagine , rich nya coklat kat dalam tu. Since deco tak kisah, I buat bunga2 jer, and swirl...simple....ikut mood jer... :)

Oct 18, 2008

Fancy Cookies




"Selamat hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir Bathin, Taqobalallohu minna wa minkum"

uuuhhh..finally I managed to post all my 'Raya cookies'. There was a problem uploading the pictures. And today, after discussing with Mrs C, I still can't upload 'the proper pic'. Someone advice me to use free image hosting. And taraaa.....It worked, gambar dah proper pun..he..he..

Thanks to Mrs C and imageshack.us

Semprit tanpa telur @ oatmeal cookies



Almond London & Corn Flakes madu


Sep 12, 2008

Fruit Cake


Nyam..nyam..fruit cake yang sedap dan wangi...
masa masak tu..hmmm..haruum .

Aug 30, 2008

jangan bosan...FC lagi..


Fancy cookies di order oleh Anith daripada Sentul, anith ini pun seorang baker juga...so harap berpuas hati ya. Terimakasih.

Maaf gambar not so clear...snap dg HP macam ni lah result dia...(ciee..dah dia yg tak pandai nak amik gambar...macam-macam execuse lah mak cik ni..he..he..)

Aug 25, 2008

The Wedding



Thanks to kak Ninie yg telah berbaik hati kongsi gambar2 ni .
Yang ni Wedding cake versi 'standing' posing dg background yg cantik, kek pun nampak cantik..hi..hi...

Nampak pengantian tengah ready nak potong cake....Arba'ee dan Marwan. Arba'ee nampak cantik dg gown tu, senyum tak lekang dari bibirnya...Nampak happy sangat. semoga berkekalan. Insya Allah....

Aug 20, 2008

Purple Wedding Cake





3 tier purple wedding cake diorder oleh kak Ninie untuk Pernikahan adik dia.
Base cake Choc moist cake. Filling chocholate,Blueberry dan strawberry.
Gambar kat atas slightly diffferent from the original cake. I don't know why. Maybe there was something wrong with the camera setting.

Terimakasih banyak-banyak kak Ninie :) :)

Jul 29, 2008

Fancy cookies lagi



4 kotak Fancy cookies tempahan dari Ayu-Kepong,untuk majelis hari jadi anak dia.
baru je deliver tadi, just right after she received the cookies she sent an sms :
" COmey sgt la kak..syg nk makan.." (tak reply sms tu lagi..kredit dah habis..he..he..maaf yer Ayu..)

He..he..thank you Ayu, kerana sudi menempah cookies dg akak. rasa seronok sangat bila dengar komen positif dari customer, tandanya customer berpuas hati. Insya Allah.

Jul 28, 2008

seputih cintaku





Cake hantaran fondant 'seputih cintaku'..he..he...
ordered by reza,hope you like it.

Jul 23, 2008

Kek Lapis durian


Kek Lapis durian
recipe by Rossya ahd from bro Rozzan Blog s'pore. Thanks for the recipe.

saya guna 1/2 recipe untuk kek dalam gambar
Bahan A
400g mentega
300gm gula halus
500g puree durian
4 sudu makan susu manis
sedikit paste durian

Bahan B
180g tepung naik sendiri
24 biji kuning telur
8 biji putih telur

Cara:
1) Pukul bahan A hingga kembang lalu masukkan kuning telur sedikit sedikit hingga habis.
2) Pukul lagi sehingga kembang. Ketepikan.
3) Didalam bekas yang lain, pukul putih telur hingga kembang.
4) Dengan menggunakan spatula, masukkan tepung sedikit sedikit berselang selikan dengan putih telur kedalam bekas yang berisi Bahan A. Gaul hingga rata.
5) Bakar selapis selapis dengan menggunakan api grill hingga habis.
6) Pada lapisan terakhir, gunakan api atas dan bawah, bakar pada suhu 180 deg.C selama 10minit atau sehingga masak. Boleh gunakan loyang berukuran 9X9 inci.


Jul 9, 2008

Bolu Kukus


Bolu kukus....hmmm..nyam..nyam...
will try again next time, hope will end up with 'over ngakak ' style..(halah..)
yg ni..ngakaknya putri solo..hi..hi....

Jun 23, 2008

Cup Cake Clown

Yang ni sample, ada spare cupcake sikit so mulalah nak cuba-cuba. ada mirip badut tak..he..he.. thanks to uni dewi, I saw this cc at her blog.


Jun 18, 2008

Cupcake Biru.......:)





Cupcake size small #8. base cake as usual chocholate moist cake, topping butter cream.
From up left : swirl ; two tone flower (ntah bunga ape tu); blue roses ; baby theme cupcakes, kat atas tu white coklat dg bermacam bentuk: teddy bear,baby cot,booties,botol susu.

Jun 7, 2008

Chocolate Banana Cake


Resipi ni daripada blog diana rasa tu jangan tanya...memang sedap..terimakasih pada Diana dan tuan punya resipi :)
Chocolate Banana Cake
source : Rohaya
Chocolate Sponge cake:
Bole gunakan recipe chocolate sponge cake kegemaran anda
Chocolate mousse:
250 gm. Non-Dairy Whip Cream
1 tsp. Vanilla essence
1 level Tablespoon of Gelatine powder - mix together with- 4 Tbsp. water and microwave for 20 secs
50 gm. Cocoa powder mix together with 80 gm. icing sugar
1 1/2 Tablespoon of Nescafe +1 1/2 Tablespoon of hot water mix together
Method for the mousse:
(1) Beat the whip cream.
(2) Mix all the ingredients together.
Chocolate Ganache
35 gm. cocoa powder
50 gm. sugar
150 gm. Dairy whipping cream
80 gm. chocolate - chopped
30 gm. Butter
Coating for the cake (Ganache) :
Put into a mixing bowl and double boil till mixture thickens.
Cool before pouring onto cake.
3 large ripe Del Monte Bananas - slice thickly
Method to assemble the cake :
-(1) Spread 1/3 of the mousse on the first layer of sponge cake, lay the slice bananas on top and then top up with another layer or sponge, continue till the last layer of sponge is used up.
(2) Cover the whole cake with the balance mousse and keep in the refrigerator till the mousse sets.
(3) Pour the coating onto the cake and let the chocolate mixture flows down the side smoothly.
(4) Decorate the cake and put into the frige till coating sets.
(5) Slice with a warm knife and serve.
add: Saya gunakan non dairy whipping cream untuk resipi diatas .
Nescafe tu saya ganti dg chocolate powder

Jun 3, 2008

3 tier green roses








Wedding cake bertemakan rose hijau, Terimakasih untuk Fied dan family, yg telahpun sudi menempah cake dari Happyninie. Sebelum ni fied ada juga order fondant cake dengan birthday cake angka 2.

Selamat Pengantin Baru, selamat berbahagia, semuga berkekalan, membina keluarga sakinah ,mawaddah, rahmah. Insya Allah bahagia dunia akhirat. amin.

Happy Birthday Juni Kamelia




Birthday Cake angka 2,order daripada fied untuk beloved doughter Juni Kamelia.
Chocolate moist dengan filling chocholate ganache. Tengok tu..Juni nampak cute.....baju merah terang....
Kat atas cake tu ada juga kawan2 juni dari dunia cartoon...sponge bob, minnie, Barney..spiderman dan snow white... Happy Birthday Juni.......semuga jadi anak yang bijak dan solehah..amin

Muffin



Muffin order daripada jiran untuk majlis pertunangan. ada empat perisa, chocholate, pandan, strawberry ,dan coffee. Atas tabur almond nibs.

May 24, 2008

Selamat pengantin Baru ET & Ikram






Cake hantaran ini adalah order daripada fied, semuga fied & family berpuas hati. Selamat Pengantin Baru kepada ET dan Ikram. Semuga menjadi sebuah keluarga yang sakinah ,mawwadah , rahmah. amin.

May 19, 2008

Cake angka 2 (happy bday Sofiya)




Assalamu'alaikum
Happy 2nd Birthday Iman Sofiya. Cake ni di tempah cik zaini daripada Bangi. selain daripada itu zaini juga ada order fancy cookies. Cake ini menggunakan edible image, order dekat kak liana .
Zaini, edible tu boleh makan tau...kertas edible tu di perbuat dari kertas gula, ink dia pun selamat di makan. So don't worry.
Semuga zaini dan family berpuas hati dengan cake,cookies tu ye...
Berbanyak terimakasih kerana sudi mencuba cake saye. alhamdulillah..




May 11, 2008

Cake hantaran



Assalamu'alaikum...
lama rasanya tak update blog ni...
Bismillah....launch product baru dari 'Happyninie'..
Cake hantaran yang cukup simple, dibalut dengan fondant dan hiasan royal icing. Fondant ni rasa dia manis, cake tu size 8 inch, berat cake 1500 gr.
Cake fondant sesuai untuk majelis apa sahaja. Untuk wedding cake pun ok juga. wish everybody happy :)
Cake cantik, tapi kamera tak ok pulak.....nak kena beli kamera jawabnya :(
ke.. ada yg berbaik hati nak hibahkan satu untuk I..he..he......

May 2, 2008

Fancy Cookies lagi


hai...hai....
Fancy cookies ini adalah order dari kak dayang kek lapis serawak. sape-sape nak rasa kek lapis dia yg sedap tu boleh lawati blog dia. Semalam jumpa kak dayang ...oow..ternyata ssst....dia ni lawa..lagi lawa daripada gambar die kat blog tu....he..he..(ikhlas ni..). Dia siap bagi ninie kek yg dia buat, terimakasih banyak kak dayang.

My 1st Barbie Cake

Jangan gelakkan gambar barbie saye ni ye...
Gambar tu tak berapa clear, maklumlah gambar tu saya snap lagi dg camera HP. Saya confident je, nak posting gambar ni, sebabnye this is 'my 1st Barbie cake'. So, ade jugaklah historical story di sebaliknya.

Ni Barbie cake khas untuk anak buah , sempena hari jadi dia. Saya buatkan Barbie cake dengan cupcakes. Cake tu brownies kukus dengan butter cake kukus.
Alhamdulillah, anak buah seronok, happy sangat-sangat, sebabnya belum ada lagi kawan2 die yang celebrate hari jadi guna Barbie cake ni. Kira dia the first lah....

Apapun, puas hati bila tengok anak buah seronok,happy. letih,lenguh tu rasa dah hilang. Happy Birthday Berlian.......

Cake Tapai Keju

Bikin cake tapai keju...
hmmmmm....wangi......suamiku tercari-cari kat mane aku bakar cake, tak jumpa oven kat tempat biasanya. He..he..saja aku pindah oven tu.
rasanya memang sedap...nyam...nyam.....tapai ...dengan parutan keju.
untuk teman minum petang, minum pagi, ape-ape aje lah...(tak nak kalah dengan sheila d bom....he..he,)