Aug 20, 2007

Bolu Gulung

Hmm....Yummy Bolu gulung atau Swiss Roll. Teksturnya yang lembut,sedap dimakan sebagai teman minum petang. Ataupun dimakan dalam apa majlis sekalipun. Dengan beraneka inti/isi. Boleh bubuh jam, butter cream berperisa, parutan keju dan banyak lagi.....



resipi :
Resipi asli Hadi Tuwendi modified by Vita

Bahan A:
6 kuning telur
5 telur
125 gram gula pasir
10 gram emulsifier
20 gram susu serbuk
100 gram tepung gandum
1 gram baking powder
1 sdm air

B.lelehkan :
125 gram mentega

*1 sdt Vanilla essence

cara :
(Bila menggunakan mixer besar) Pukul semua bahan A sampai gebu.
Masukkan mentega leleh.
(bila menggunakan hand mixer) Pukul telur dan gula,emulsifier sampai gebu, masukkan air.
Tambahkan campuran Baking Powder dan susu serbuk. Masuk mentega leleh. sebatikan adunan.
Panggang di loyang 28 x28 cm atau 30x30 cm (dalam inchi kira sendiri..he..he..) dengan temp 180 C

Penyelesaian:
Sapukan butter cream nipis- sahaja. taburkan parutan keju diatasnya.
Pada satu sisi aturkan potongan keju 1x1 cm dalam 3 keping. gulung .

note: Bolu di gulung ketika masih dalam keadaan panas, terbalikkan bolu di atas kertas roti yang sudah di taburi gula icing. sapukan inti mengikut suka

Aug 17, 2007