Aug 30, 2008

jangan bosan...FC lagi..


Fancy cookies di order oleh Anith daripada Sentul, anith ini pun seorang baker juga...so harap berpuas hati ya. Terimakasih.

Maaf gambar not so clear...snap dg HP macam ni lah result dia...(ciee..dah dia yg tak pandai nak amik gambar...macam-macam execuse lah mak cik ni..he..he..)

Aug 25, 2008

The Wedding



Thanks to kak Ninie yg telah berbaik hati kongsi gambar2 ni .
Yang ni Wedding cake versi 'standing' posing dg background yg cantik, kek pun nampak cantik..hi..hi...

Nampak pengantian tengah ready nak potong cake....Arba'ee dan Marwan. Arba'ee nampak cantik dg gown tu, senyum tak lekang dari bibirnya...Nampak happy sangat. semoga berkekalan. Insya Allah....

Aug 20, 2008

Purple Wedding Cake





3 tier purple wedding cake diorder oleh kak Ninie untuk Pernikahan adik dia.
Base cake Choc moist cake. Filling chocholate,Blueberry dan strawberry.
Gambar kat atas slightly diffferent from the original cake. I don't know why. Maybe there was something wrong with the camera setting.

Terimakasih banyak-banyak kak Ninie :) :)

Jul 29, 2008

Fancy cookies lagi



4 kotak Fancy cookies tempahan dari Ayu-Kepong,untuk majelis hari jadi anak dia.
baru je deliver tadi, just right after she received the cookies she sent an sms :
" COmey sgt la kak..syg nk makan.." (tak reply sms tu lagi..kredit dah habis..he..he..maaf yer Ayu..)

He..he..thank you Ayu, kerana sudi menempah cookies dg akak. rasa seronok sangat bila dengar komen positif dari customer, tandanya customer berpuas hati. Insya Allah.

Jul 28, 2008

seputih cintaku





Cake hantaran fondant 'seputih cintaku'..he..he...
ordered by reza,hope you like it.

Jul 23, 2008

Kek Lapis durian


Kek Lapis durian
recipe by Rossya ahd from bro Rozzan Blog s'pore. Thanks for the recipe.

saya guna 1/2 recipe untuk kek dalam gambar
Bahan A
400g mentega
300gm gula halus
500g puree durian
4 sudu makan susu manis
sedikit paste durian

Bahan B
180g tepung naik sendiri
24 biji kuning telur
8 biji putih telur

Cara:
1) Pukul bahan A hingga kembang lalu masukkan kuning telur sedikit sedikit hingga habis.
2) Pukul lagi sehingga kembang. Ketepikan.
3) Didalam bekas yang lain, pukul putih telur hingga kembang.
4) Dengan menggunakan spatula, masukkan tepung sedikit sedikit berselang selikan dengan putih telur kedalam bekas yang berisi Bahan A. Gaul hingga rata.
5) Bakar selapis selapis dengan menggunakan api grill hingga habis.
6) Pada lapisan terakhir, gunakan api atas dan bawah, bakar pada suhu 180 deg.C selama 10minit atau sehingga masak. Boleh gunakan loyang berukuran 9X9 inci.


Jul 9, 2008

Bolu Kukus


Bolu kukus....hmmm..nyam..nyam...
will try again next time, hope will end up with 'over ngakak ' style..(halah..)
yg ni..ngakaknya putri solo..hi..hi....

Jun 23, 2008

Cup Cake Clown

Yang ni sample, ada spare cupcake sikit so mulalah nak cuba-cuba. ada mirip badut tak..he..he.. thanks to uni dewi, I saw this cc at her blog.